Monday 21 November 2011

mjlis penyampaian anugerah skj 12

tahniah angah, alhamdulillah thn 2011 angah masih lagi mndpt tpt per-1 dlm kelas sekaligus per-1 dlm thn 3(bc dlm nada berlagak)..he3..nk buat cmna semua tahun 1-6 ada sebuah kelas jerk...


Kami agak risau kalau2 agh tergnggu dgn kehilangan mak(aka wan) hampir 9 bln yg lepas..masa P2 ari tu result agh agak merosot coz jatuh no.4..alhamdulillah bila P4 agh kmbali bersaing...


Lagi satu rezki agh dia dpt jdik pengawas thn depan..(sonok dia)..hope tak lewat lagik g skolah yer nnt..


Harap sgt agh kekalkan n tgktkan lagi prestasi ni utk tahap 2..Dh x lama nk UPSR tu..Selagi ada umur makteh, mkteh akan sokong agh n bg galakan pd agh..(jgn degil2 sgt)...

Friday 14 October 2011

Aku tgk gmbo masjidil haram yg kwn aku share kt FB dia, aku mcm makin jatuh hati tgk masjidil haram ni..YA ALLAH,ko murahkanlah rezki ku dgn melimpah ruah agar aku dpt menjadi  tetamuMU..

Wednesday 5 October 2011

selepas 7 bulan

AS-Salam..

30.09.2011(Jumaat) satu lagi tarikh keramat yg akan dikenang sehingga ke akhir hayat aku juga kuarga..Pada tarikh ni wan(mak pada arwah mak) pula telah dipanggil menghadap ALLAH pada jam 10.30 pagi..ALLAH lebih mengetahui segala-galanya dan dia adalah sebaik2 perancang..

Aku agak terkejut tambahan pulak hp aku btri kong dan memaksa k.hasnah kol ofis utk dptkan aku..Aku tak sangka hal2 kecemasan ni dan mcm biasa aku terpaksa mndgr bebelan dri syam(adik lelaki)...

Ja hantar aku ke P.sentral dan aku naik ERL sampai KL.SENTRAL..de,acik,bong,ngah dh smpai..lepas dri amik aku kami gerak ke Taman Melawati amik MAN..Kesian MAN kena tggal dgn BILAH n ANAS..bengang ktorg..kami pun nk cpt gak smpai..mentang ler de pkai MPV..fikir +ve jelah kami..kesian gak kat MAN kalo tak amik dia..wan dia jugak..dri tggu tren smapi ke kg aku dh sdkhkan yasin..x hafal pun juz folo dari mp3...he3..

Alhamdulillah kami masih sampai sblum wan dikebumikan...Kami smpai dlm pukul 3.40 ptg..itupun syam bwk keter mcm ribut..dh ler padat..(bak kata de..kereta lumbuuu)..Kami terus ke masjid Jeram Besu coz wan dh bawak kesitu..Syukur padamu aku masih smpat membaca yasin n sembhyang jenazah(1st time solat jnazah) utk wan(itupun jerk yg mampu coz kami dri jauh wan..maafkan kami)..

Masa arwah mak dulu aku x mampu coz sgt x sggup...Arwah mak pergi 25.02.2011 dan arwah wan pergi 30.09.2011..x lama lepas arwah mak, arwah wan pulak...kehilangan besar aku n family...xpelah ALLAH lebih mengetahui dan apa yg mampu aku buat adalah brdoa utk mereka..

*Aku mohon padaMU agar aku x lupa dgn apa yg aku lakukan skrg...Aku rindu sgt kat mak..(sonok bunga kemboja mak dh kuar bunga..wangiiiii)

*AL-FATIHAH untuk mak n wan..



Thursday 18 August 2011

puasa tanpa mak!!!

Puasa dh masuk hari ke-18 ari ni..motifff aku baru nak update blog..bkn tanak tp macam x trcapai jejari aku ni nak menaip..
Puasa 2011 lepas tu raya plak..tanpa MAK!!!!..hu3 sedey sgt3..x tau nak gambarkan mcmana...teringat puasa thn2 lepas, tetiap ptg tepon adk tanya ' mak masak apa ptg ni'..riuh sore dia kat blkg bgtau menu..thn ni tadek dah..tepon adk tanya masak apa...satu menu jek dia masak..tp syukur sgt sebab ada dia kt jengka jg apak,along n agah....
Wpun dia x semahir mana memasak tp alhamdulillah boleh makan..tp tadek ler gulai lemak dll..dia cuma pndai ayam kicap,ayam merah, n gulai masam tempoyak..apak kalo nak mkn lain2 ckit beli kat kedai..last 2 week balik jengka berselera tgk apak makan..menu pun biasa jerk..patin tmpoyak, daging kicap n sambal tumis petai..

Tak lama lagi raya plak..kdg2 pk mcm malas nak tempuh raya tu..tp life must go on..apa nak buat ari melemang tu nnt..kalo dulu mak yg masuk daun pisang dlm buluh..thn ni ??????..aduhhh..kalo dulu ada mak utk jadik pakar rujuk..wpun mak tak larat nak bangun duduk, dia akan tetap ada kat dapur sambil buat kejer sambil duduk..itu jam sape2 yg lalu ada ler kn suruh amik apa2..he3..rindunya memori tu..x sgka bulan puasa n raya thn lepas(2010) adalah yg terakhir utk kami bersama mak..

Aku kn tabahkan hati,kuatkan semgt utk aku mgharung hari2 mndtg....ari melemang tu aku kn kontrol dapur..hope adik2 akan tlg aku..aku harap sgt yang ari tu jgn sape2 bukak cite pasal mak..kalo tak aku merajuk takmo masak...aku bkn tanak igt kat mak, tp mcmanapun aku kn lalui gak..biar lah aku menangis igt kat mak time nak tido jerk...aku kn kuat, xkan x masak apa2 raya ni..kuah kacang,rebus nasik impit,rendang..harap sgt rendang yang akan dibuat nnt sama rasa mcm mak masak..sian kat apak,ta,syam,adk,alg n agh..

Pagi raya kalo sblum ni baca tahlil kat kubur Long tp thn ni mesti kat kubur mak..aduhaiii..mcmana ler nnt..

Ya allah,ya tuhanku ko tempatkanlah ibuku,kakakku di kalangan org2 yang beriman...AMINNN..AL-FATIHAH......

Thursday 21 July 2011

Menanti di Barzakh

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com/

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Masa kAt opis smlm,aku kerap dgr lagu ni,,aku ulg byk2 kali..syahdu sgt..sgt2 rindu kat arwah mak..mak teh rindu sgt kat mak, nak sgt borak ngan mak, punyer ler aku syahdu sampi skit dada..
smpi jerk umah,aku terus sapu balm kt dada..still sama gak,,pas isyak aku baca yasin,sedekahkan utk mak,long n adik2..moga ALLAH sampaikan salam rindu aku pada mereka terutama kat mak..AMINNN...

Friday 8 July 2011

ALLAHUAKBAR..

Mlm tdi aku bc buku fardhu ain dimana dalam tu byk2 cara2 solat sunat dan doa harian..aku selak2 page solat sunat dan aku bc solat sunat istikharah n solat sunat taubat juga solat sunat hajat(dh lama aku tingin nk buat solat2 sunat,tp x penah buat pun)jahil sgguh aku..aku bc2 cara solat sunat istikharah tu dlm tu kata bacaan TASBIH..apa TASBIH ni...aku x tau..takpelah sok aku google..

Pg td naik bas,aku dgr radio ikim.fm..elok jerk aku kuatkan sorenye kuar nasyid..liriknya,
Tasbih(Subhanallah),Tahmid(Alhamdulillah),Takbir(Allahuakbar),Tahlil(Lailahaillallah)..
Dlm hati(ya allah, byk dosa aku dh buat pada kau tp ko beri aku petunjuk pg ni)..
Terima kasih allah...aku berazam akan melakukan solat2 sunat dan memperbaiki segala amalanku..Insyaallah..

Tuesday 5 July 2011

Kelebihan puasa syaaban

Kelebihan berpuasa di Bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa,zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu,dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban,sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib.Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa.Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur,pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Friday 1 July 2011

BOWLING ANTARA UNIT

Perghh...... seperti yang dirancgkan pd 10.07.2011 ni ada tournament boling antara unit di bahagian kewangan ni..so ari ni kami wanita2 anggun pergi ler b'latih. Main 1 game jerk..aku juz score 80 lebih jerk, x cecah pun 90..hu3...

Thursday 30 June 2011

DIA PILIHANKU

Aku sedang menanti dia. Seorang lelaki yang akan bergelar suami ,Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH, Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah ,Dia seorang lelaki yang tegas dan berani ,Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri. Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah .Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran Dengan zikir-zikir munajat Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya .Dia sentiasa mengingati mati Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata Kita hambaNYA adalah pelakon.
 Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat. Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam. Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa. Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya .Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga. Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya. Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W .
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia Siapakah dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu Doaku, semoga dia tercipta untuk ku Semoga aku bertemu jodoh dengan dia Kerana dia pilihanku..


p/s buat para muslimah: Jika sedemikian pilihan akhlak jodohmu maka lakarkan atau lukiskan akhlak sedemikian pada dirimu.

Friday 24 June 2011

update blog..

dh lama aku x menghapdate blog aku yg kusam ni..he3..selain tadek mood n line x baper best sejak pindh tpt ni..apa aku nk citer ek..

ari ni 24 hb kan!!! mksudnyer sok dh gnp 4 bln mak pergi tgglkn kami....sedeyyyyy...MAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!, rindu sgt2 kt mak..byk bnda yg kami kn pkkan(kalaulah mak ada)..antaranya:
*sian kt apak mkn sorg2 kt dpur, adk,along n angah mkn dpn tv..
*sian kt adk kn buat kjer umah sorag2,dulu mak ada..,kjer skool lgik, study nk spm lagik...
*sian kt angah balik dr skool ngadap tibi(dulu ada mak rajin mak layan celoteh dia,angah kan byk mulut)..
*sian kt along coz slalu kn mrh ngan adik sebab tanak tlg dia buat kjer umah..
*sian kt acik coz mak tadek utk dia tepon tiap2 kali rehat,skrg kol apak jerk..
*sian kt bong coz mak tadek nk borak ngan dia tiap kali jln jem time dia bwk lori otr..
*sian kt ta coz mak tadek time dia nk tawin nnt,kalo tak leh kita ramai2 naik kpl terbg lgik..
*sian kt teh coz mak tadek utk teh borak2 time teh tadek kjer....(sjk akhir mak nk pergi tetiap ari teh tepon mak kan)...
*sian kt de coz mak tadek utk pesan kt dia bwk kete elok2 bila nk balik kl..
*sian kt ngah tadek saper nk bebel yg berguna kt dia lgik(tgt citer mak yg mak nangis2 nasihat kt ngah)..

MAK!!!
tadek apa yg dpt kami buat utk mak selain berharap doa kami kpd allah dimkbulkn agar mak baik2 kt SANA!!!, kami tau Long ada utk jga mak, adk halim,hakim n khafi pun sentiasa ada dgn mak kan!!..

MAK!!
teh rindu nk dgr sore mak, mskn mak,nk cium mak..

MAK!!!!!!!!!!!!

al-fatehah utk mak,long,halim,hakim n khafi....

Saturday 2 April 2011

Kerja baru

owhh bermula smlm aku tidak lg mmgg pt(kew)a1..aku tlh b'tkr pt(kew)a5..knp???aku pun x tau knp..x tau apa pndgn org ngan krja aku dulu as a A1..mgkin aku masih blum dpt memenuhi kriteria yg derang prlukan...tp utk jaga ati sendiri aku anggap boss nk aku buat kjer yg tdk memerlukan KEadaAAN aku..kiranya kalo aku tadek kjer still leh gerak mcm biasa..ini kerana TNT ada 3 pt(kew).Ini mnyngkn aku utk cuti atau EL..he3..(jgn marah ek ja n ayu)..lgpun aku dh mtk tukar..mintak dpt r kt area b.jengka nun(blik kg jg family)..mak dh tadek..(al-fatehah utk mak)..so jauh pmikiran boss tu..(boss mestilah cekap n efisen)ha3..pepun aku suka ngan kjer baru ni..aku bertekad utk tdk mmperbaiki klmhan sblum ini...

Wednesday 23 March 2011

ANGAH..

sian angah..(angah ni anak arwah kakak aku)..arwah kakak menggal xsident 9 thn lepas...masa tu angah br 10 mths..mak jg angah n along..smlm kol adik, adik bgtau angah demam...sian dia..lg 2 ari gnp sbln mak PERGI..angah demam...cuaca tak mnntu skrg..ujan,panas,mndung...pepun syukur atas rahmat ALLAH..

Mak!!!!

aku nk jdikan citer ni 1st entry..25.02.2011...tertulis lgi satu tarikh keramat dalam family aku...mak pergi menghadap ILAHI pada jam 11.30 pg..alhamdulillah,wpun mak dh nazak waktu aku smpi, smpt aku tatap wajah mak n ajar mak mengucap..bg mak minum air wpun guna picagari..salin baju mak...usap air kt kepala mak..