Aku sedang menanti dia. Seorang lelaki yang akan bergelar suami ,Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH, Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah ,Dia seorang lelaki yang tegas dan berani ,Dia tidak pernah takut untuk berkata benar.
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri. Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah .Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran Dengan zikir-zikir munajat Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya .Dia sentiasa mengingati mati Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata Kita hambaNYA adalah pelakon.
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkkara-perkara maksiat. Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam. Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa. Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya .Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga. Dia tidak pernah malu mempertahankan agama IslamNYA Kerana Islam adalah Ad-din ALLAH yang sebenar-benarnya. Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W .
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadinya ialah ALLAHURABBI Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku padanya Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku PadaNYA Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia Siapakah dia???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodohku itu Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu Doaku, semoga dia tercipta untuk ku Semoga aku bertemu jodoh dengan dia Kerana dia pilihanku..
p/s buat para muslimah: Jika sedemikian pilihan akhlak jodohmu maka lakarkan atau lukiskan akhlak sedemikian pada dirimu.
No comments:
Post a Comment