Thursday, 21 July 2011

Menanti di Barzakh

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com/

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Masa kAt opis smlm,aku kerap dgr lagu ni,,aku ulg byk2 kali..syahdu sgt..sgt2 rindu kat arwah mak..mak teh rindu sgt kat mak, nak sgt borak ngan mak, punyer ler aku syahdu sampi skit dada..
smpi jerk umah,aku terus sapu balm kt dada..still sama gak,,pas isyak aku baca yasin,sedekahkan utk mak,long n adik2..moga ALLAH sampaikan salam rindu aku pada mereka terutama kat mak..AMINNN...

Friday, 8 July 2011

ALLAHUAKBAR..

Mlm tdi aku bc buku fardhu ain dimana dalam tu byk2 cara2 solat sunat dan doa harian..aku selak2 page solat sunat dan aku bc solat sunat istikharah n solat sunat taubat juga solat sunat hajat(dh lama aku tingin nk buat solat2 sunat,tp x penah buat pun)jahil sgguh aku..aku bc2 cara solat sunat istikharah tu dlm tu kata bacaan TASBIH..apa TASBIH ni...aku x tau..takpelah sok aku google..

Pg td naik bas,aku dgr radio ikim.fm..elok jerk aku kuatkan sorenye kuar nasyid..liriknya,
Tasbih(Subhanallah),Tahmid(Alhamdulillah),Takbir(Allahuakbar),Tahlil(Lailahaillallah)..
Dlm hati(ya allah, byk dosa aku dh buat pada kau tp ko beri aku petunjuk pg ni)..
Terima kasih allah...aku berazam akan melakukan solat2 sunat dan memperbaiki segala amalanku..Insyaallah..

Tuesday, 5 July 2011

Kelebihan puasa syaaban

Kelebihan berpuasa di Bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa,zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu,dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban,sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib.Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa.Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur,pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Friday, 1 July 2011

BOWLING ANTARA UNIT

Perghh...... seperti yang dirancgkan pd 10.07.2011 ni ada tournament boling antara unit di bahagian kewangan ni..so ari ni kami wanita2 anggun pergi ler b'latih. Main 1 game jerk..aku juz score 80 lebih jerk, x cecah pun 90..hu3...